Tuesday, April 5, 2011

Hari Keberangkatan

Alhamdulillah, hari yang dinanti-nantikan kini hampir tiba.. Khamis,14Oktober 2010, mak & zol tiba di rumah jam 1230 pagi.. kesian zol, keje penat2, kuat kan jugak semangat dia nak bertolak awal ke rumah kakak dia sorang ni..

Alhamdulillah, wy masak nasi goreng & hidangkan air milo, buat alas perut malam2 ni. Kesian tengok mak. Dia nampak penat sangat.. Begitu juga Ain dan anak2nya.. kesian..
Tapi, Wy rasa betapa seronoknye mak & adik datang utk meraikan pemergianku ke Makkah..

Siang khamis ni wy dah mula dikunjungi sahabat handai yang mengirimkan doa dan pesanan untuk wy titipkan di tanah haram nanti. tak lupa juga yang menyumbangkan sedekah untuk musafir haji seperti ku.. di dalam hati terdetik, agaknya, selama ni, kita bagi orang, tiba turn kita nak pergi, rupanya ramai yang nak menyumbang. Alhamdulillah Allah dah janji, rezeki sedekah, setiap satunya akan dibalas dengan tujuh kali ganda rezeki yang lebih baik dari itu.

Semakin hari semakin ramai sahabat yang datang berkunjung ke rumah sebelum keberangkatan wy. Seronok. Lepas tu nasib baik mak ada, tolong sediakan air & sedikit kuih sebagai hidangan. Wy doakan semoga semua sahabat yang membekalkan wy doa & sumbangan, mendapat rahmat Allah, dan dimurahkan rezeki dengan rezeki yang halal dan berkat.. begitu juga dengan doa dariku kepada ibu ayah ku & ibu mertuaku yang tersayang.. Amin..

Kini tibalah hari Sabtu,16hb Oktober 2010, di mana hari yang di nanti kini tiba. Pada hari inilah kami dijadualkan untuk melapor diri di Kompleks Haji Kelana Jaya, jam 8 malam. Begitu juga, pada hari ini, jiran belakang rumahku juga yang akan berangkat ke Makkah sepertiku, mengadakan kenduri haji dirumahnya. Wy hanya datang ziarah sekejap je, sbb wy dah mula nak menyediakan kesemua kelengkapan terakhir sebelum keluar meninggalkan rumah jam 6 petang ni..

Tiba masuk waktu asar, wy terus bersedia untuk solat dan bersedia untuk bertolak. Sahabat dan rakan taulan sudah mula mengunjungi rumahku untuk mengiringi keberangkatanku.. Ya-Allah, kau kuatkanlah hatiku untuk terus bertawakkal menghadapi perjalanan haji ku ini dengan tenang dan tawaddu'.. Kau peliharalah anak2 & ibubapaku & kaum keluargaku ketika ku meninggalkan mereka. Kau kurniakanlah kasih sayang dan belas kasihan-Mu kepada mereka, ya-Allah. Amin..




Beg dah pun disusun rapi, siap dengan reben penanda beg yang kukira unik untuk pengecaman dari jauh.. kelihatan anak-anak dara ibu - Huda Safwah yang sentiasa nak bergaya, walaupun hanya bergaya dengan beg2 nih.. hehe..




Seperti yang diatur, Noh meminta Hanan selaku anak sulung kami untuk melaungkan azan di hadapan pintu rumah kami. Ketika ini, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ku. Wy tengok mak nangis, makneng nangis.. apatah lagi Farhan.. Sedihnye, ya-Alah.. Setelah tamat azan, Noh membaca surah al-Fatihah, 3 Qul & Ayat Qursi, kemudian dia minta pula Abang Mat untuk membacakan doa bagi keselamatan dan keberkatan perjalanan kami. Sebaik sahaja ku melangkah keluar, dapat kulihat betapa ramai sudah sahabat handai dan jiran tetangga menunggu kami di pagar rumah untuk mengiringi perjalanan kami. Tak sangka, sebegitu ramai sahabat dan tetangga yang sudi datang menyaksikan dan mendoakan keselamatan kami sepanjang keberadaan kami di Tanah Suci nanti. Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada mereka. Semoga Allah membalas rasa kasih mereka kepada kami dengan kasih sayang-Nya. Amin..



Dengan khusyuk, hati kami mula hiba dengan berkumandangnya bacaan azan yang dilaungkan oleh anak sulung kami, Muhamad Nur Hanan..




<Hanan Ketika melaungkan azan.. semoga Hanan menjadi anak soleh dan contoh terbaik kepada adik-adik ye, Hanan.. Amin..





Keberangkatan yang dimulakan dengan azan dan surah al-Fatihah..




Diikuti pula dengan bacaan doa oleh abang Mat..




Alhamdulillah, tiba di kelana jaya, semua urusan ku dikira mudah. perjalanan di jalanraya pun tak berapa jem. Oleh kerana setibanya kami di sana, azan terus berkumandang, kami bergilir2 untuk solat dan menjaga ruang lepak kami di khemah yang disediakan. Maklumlah orang ramai. Selesai solat jamak maghrib isya', kami mula menjamu selera. Hidangan malam ini ialah nasi ayam goreng. Mak goreng dua jam sebelum kami berangkat keluar & dimasukkan ke dalam tong nasi kedap panas.

Setelah siap makan, ada pengumuman untuk mengambil tag nama & pas haji. Tak tertahan rasa sedih yang ku tahan sejak di rumah tadi. Alangkah anakku Farhan sudah mula menangis ketika Hanan melaungkan azan, inikan pula ibunya..




Setibanya di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, azan maghrib pula tepat berkumandang.. Lepas solat.. inilah aktiviti kami, sementara menunggu panggilan pas haji..




Berkat kasih sayang seorang ibu kepada anaknya, yang sentiasa mendoakanku, dapat ku menjejak kaki ke Tanah Suci, Alhamdulillah.. terima kasih mak..





Panggilan check-in telah diumumkan.. ibu & ayah memberikan kata2 pesanan terakhir untuk hanan, farhan, huda & safwah.. tanpa ku sedar, gelagat kami ini disaksikan ahli keluarga yang lain, dengan penuh rasa hiba.. sibuk melambai anak2, tanpa ku sedar, kami kini telah masuk ke dewan taklimat..




Untuk jemaah KT27, musim haji 1431H, inilah paparan waktu solat di tanah suci makkah & madinah..





suasana penuh hiba di dalam bas.. semua orang kelihatan sugul, especialy kaum ibu..




tapi kami? ketika ini kami sengaja mengambil gambar sendiri, untuk menghibur hati.. kami redha dan bertawakkal menyerahkan segala rezeki & nasib anak2 ku yang kutinggalkan demi mengejar tuntutan Allah.., Insya-Allah..





Perjalanan dari Kelana Jaya ke KLIA yang sebanyak 10 buah bas, diiringi oleh pihak polis dengan gaya VIP.. rasa sungguh istimewa kami sebagai tetamu Allah.. semoga mudah lagi perjalanan kami ini.. ini hanya suatu permulaan.. kelihatan juga pesawat yang bakal kami naiki untuk perjalanan kami ini..






Turun dari bas untuk menaiki kapal terbang menuju ke Madinah..
Mengambil tempat duduk yang telah diperuntukkan seperti yang tertera di dalam tiket.. Wy bersebelahan dengan Hajjah Rukiah, iaitu seorang guru di Sekolah Kebangsaan Jalan Tiga, BBB, yang mengerjakan haji bersama dengan suami nya, seorang bekas pensyarah UKM.


Tepat jam 130 pagi di KLIA, kapal terbang kami mulaberlepas meninggalkan airport KLIA. Kini, seperti di dalam gambar, kami telah pun tiba di airport Madinah. Ketika tiba, jam menunjukkan waktunya adalah lebih kurang jam 500 pagi waktu Madinah.


Menaiki bas untuk menuju ke Hotel.. Juga duduk di bahagian paling belakang, seperti perjalanan dari Kelana Jaya ke KLIA tadi.. Alhamdulillah, segala urusan perjalanan ini adalah mudah dan lancar..