Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul

Sempena cuti maulidurrasul ni, wy rasa nak masak macam2.. yelah.. dah beberapa minggu ni, tak sudah2 dengan busy dek berbagai-bagai hal.. hari-hari bekerja pulak, jangan cerita.. dapat tiba rumah sebelum maghrib pon dah cukup bagus sangat dah.. huhu..

Untuk hari ini, inilah menu-menu wy di hari Jumaat al-Barokah ni..

Menu pagi:
Jemput-jemput susu, mee hoon goreng, kopi & teh-O.

Menu tengahari:
Cendawan goreng tepung, asam pedas ikan parang, kobis masak lemak, air kelapa muda, air suam.

Menu petang:
Bubur pulut hitam, pau kelapa, air suam.

Menu malam:
Mee goreng & Nescafe ice.

Jom makan..

Cendawan Goreng Tepung Tanjung Puteri


Asam Pedas Ikan Parang Tanjung Puteri


Pau Kelapa Tanjung Puteri


Bubur Pulut Hitam Berseri Tanjung Puteri


Mee Goreng Special Tanjung Puteri

Nak tengok muka orang-orang yang makan ni? meh sini.. sekejap je licin..




Huh.. letih dah masak hari ni.. bagaimanapun, menu pagi esok telah pon ada permintaan..

Menu pagi sabtu esok:
Mee sup & milo.

(*sori, tak sempat nak amek gambar*)

Sunday, February 21, 2010

Aktiviti weekend..

Pagi.. bawak anak-anak ke tempat biasa setiap Ahad..

Selalunya, bila pagi ahad, kami berjogging di sekitar UPM. lepas tu pekena nasi lemak kat Maulana. Oleh kerana harini ibu nak gi keje, so semua orang tak yah jogging. pergi makan je..

hmm... buhsan jugak.. hari2 kerja dah memang tak menang tangan, hari cuti pon nak kena keje.. letih lagi nak drive jauh2..

tapi.. apa2 hal pon, terima kasih le kat hanan sebab sudi menemani ibu ke office pagi tadi..

tu adik.. keje nak posing je... tapi, bila dah dapat makanan, masing2 dah tak ingat nak berposing.. hehe..



ni puding custard yg adik suruh ibu buat tu.. lepas ni ibu nak buat kek marble utk huda pulak.. tunggu ye, huda..


adik yg tolong ibu. kakak dah tido.. sian kakak kan.. tak pe.. esok turn dia pulak yek.. kek marbellous... wollahh..!


lepas buat puding, siapkan kuah pulak..

sementara nak mulakan buat puding, ibu dah siap2 rebus ketupat mini..



sempitnya puding2 tu.. bersesak2 dia kat dalam fridge.. kalaulah puding2 tu boleh bercakap..


yang ini favourite hanan. kalo buat puding, kena ada ni.. kalo tak.. tak lengkap..

ok, jemput makan semua.. yang ni adik punya.. adik tak suka mix fruit..

yummy yummy..!!

Tuesday, February 16, 2010

Donut lagi



Oleh kerana harini ayah tak benarkan anak2 mengecat, ibu bawak anak2 balik ke rumah & apa lagi.. atas permintaan anak2, ibu mendonat la kat rumah..


sebelum disira..


selepas disira..


selepas dimakan sedikit.. hehe..


atas permintaan adik.. yang kecik.. wy selet je dengan coklat..


ok.. got to go now.. wy nak masak nasi ayam pulak.. ada permintaan lagi harini.. dorang ni lepas mengecat ni, nak makan nasi ayam pulak. dah lewat sangat dah ni.. huhu.. jumpa lagi..

Proses Mengecat Rumah

Cuti kali ini lama adalah antara yang paling lama. Selalunya cuti 4 hari, kami balik ke JB. Oleh kerana baru je balik cuti hari wilayah yang lepas, kami decide nak tolong kakjami mengecat rumah barunya. Kesian.. kalau bukan kami yang tolong, siapa lagi..

nasib baik Kak Sal dah wakilkan Ncam... keke.. bersungguh2 dia.. Kak Jami pon semangat mengecat rumah dia. Akhirnya, dapat jugak dia merealisasikan impian dia. Ilham rumah ini kebanyakannya dari idea Kak Jami sendiri, di samping dengan saranan dan bantuan adik lelaki kesayangannya itu..


pengarah filem bersama krew-krewnya..hehe..


hehe.. sempat juga puan pengarah kita ni menoleh tengok wy mencuri ambil gambarnya.. senyum mak.. jangan kerut je dahi tu..


waahh.. mokde.. semangat.. hari ni hanan takyah tolong, kata ayah.. semalam dah penuh satu badan dengan cat.. ibu je tak bawak kamera semalam..



woo.. dapat jugak dorang cilok2 tolong sikit ye.. wahh satu pasukan warna merah tu, cam berjanji jer..

wokeh.. best lah kak sal.. makanan tengahari dah tiba.. jom makan pulak..


yang tukang buat kerja baru nak duduk, hanan dah balun dah lauk sambal sardin.. hehe..

jemput makan..




Sunday, February 14, 2010

Aktiviti Cuti Tahun Baru Cina


Pada hari ini, genaplah setahun Wy jadik blogger. Daripada meneman Hanan study, sampai le dah habis UPSR & dah mula ke form 1 di P18(1). Untuk cuti tahun baru cina ini, ibu dan ayah berpakat dengan Pakcik Rosli untuk membawa anak-anak kami ke Kolam Renang Presint 16. Hari yang dijanjikan itu telah tiba, jam 8.30 kami tiba di kompleks PPj Presint 16. Kolam renang mula beroperasi jam 9 pagi hingga 11pagi untuk sesi pertama.

Sebelum mandi, breakfast dulu.


Happy Together.. Seronok tengok anak-anak ni suka bersama-sama kan.. maklumlah, lama mereka tak berjumpa..


Huda & Safwah..

Huda..

Anak-anak bujang kami.. Hanan, Darwisy(Ichi), Danish & Farhan.. Next time boleh janji mandi lagi yek.. lepas ni kita gi kat Presint 11 le. Kitorang selalu lepak kat situ.. kolamnya lagi besar..



Tuesday, February 9, 2010

Balik JB - makan lagi..

Upacara makan-makan dimulakan dengan agenda biasa.. yang pertama.. Beriyani Pokok Sena, Batu Pahat..

kambing 2, daging 3. Adik ngan huda syer sepinggan kambing. Farhan kambing sepinggan.. yang lain daging.. special yo..


RM5 untuk daging & ayam, RM6 untuk kambing..


Tengok muka Hanan je, dah tau dah macam mana rasa dia..


Adik.. seperti biasa.. mesti senyum depan kamera.. Belakang tu, accord hitam generasi 8 & accord hitam generasi 7. ada satu lagi kat tepi, belakang kancil tu - accord hitam jugak generasi 6.. fuuhhh.. boleh buat kelab kat kedai makan tu yek..


ibu.. seperti biasa.. mana boleh tinggal pau kelapa.. yang ni singgah kat Simpang Renggam, on the way nak masuk PLUS highway semula..

woopss.. putu bamboo ibu lupa nak amek gambo le.. sbb sibuk sangat nak makan..



ha.. ni gambar ayah semasa memandu. dia makan keropok sotong.. mahap le, ibu sempat amek gambo misai ke bawah je.. hehehe..

bila dah tiba JB.. inilah menu yang pasti tidak boleh ditinggalkan walau seketika.. huhu.. ABC paling sedap ni, kat Kg Melayu, di gerai berhadapan dengan klinik kesihatan Kg Melayu. Nama gerainya Azmi Wawa. Wy dah masukkan dah dulu..

Sebenarnya, ada satu lagi menu, iaitu Yong Tou Fu.. kat JB ni, kita makan dengan kuah sup yang ada lobak. sedap. Maaf, sekali lagi, wy lupa nak amek gambar.


Lepas gi Kg Melayu, kami ke kempas, makan satay kat Restoran Wak Radol.. ini jugak menu yang tak boleh ditinggalkan. Kalo tinggal, tak lengkap rasanya kita balik JB.

Sementara nak menunggu hidangan, kami pon borak le dengan cucu wak radol ni.. tengok.. ibu ngan anak2 dara ibu suka betul..

ayah dengan nenek.. berbual je la..


ni makanan yang dipesan oleh Mak Neng - Mee Rebus..


ni makanan yang dipesan oleh makteh. mokde nak syer je.. ibu ngan ayah pon order gak sepinggan.. syer..

satu lagi main course.. satay special wak radol.. ibu lupa lagi nak amek gambo.. sori.. lain kali yek..



Menu Istimewa Sarapan Pagi


Pada weekend yang lepas, Wy beriya-iya nak buat sarapan roti canai, setelah mendapat ilmu dari kawan sepejabat yang pernah bekerja sebagai pembantu chef. Bila kita dah dapat ilmu baru tu, berkobar2 rasanya nak mencuba. Selagi tak buat, selagi tu le tak senang.. hehe..


Berjaya jugak akhirnya.. semasa makan roti telur ni (masa kat JB dulu, masa kecik2, wy sebut prata telur), teringat kat mak. Sayunyer rasa.. plan nak buat masa balik JB aritu, tapi mak pulak kerja..


semua orang suka masa ni..

Minggu sebelum tu buat sarapan puff.. sekali dengan bekalan utk anak2 ke sekolah..


puff coklat kacang


puff sardin..

Dan weekend sebelum balik JB - wy buat keria dan dadih kelapa muda..

keria.. yang menggiurkan.. uishh.. kecor lakk..


dan dadih kelapa muda.. untung kalo buat jual ni..