Monday, January 26, 2009

Menu dinner, nasi lemak sambal sotong

Lepas puas tengok pokok, masuk dapur lak.. masak nasi lemak. Daun pandan kat blakang umah ciput je, suruh hsbn amek serai buat tambah bau.. alahai.. serainya pon sebesar jari safwah je.. pastu masa tengah tanak nasi, dengar hsbn panggil.. rupanya dia dah sodok serai kat depan umah yus. besar2 nya serai umah dia.. wy sms kat su, bgtau kita cokang serai dorang, rupanya su kata dia kat klate dah.. tengah main wau kat PCB. wahh... krismas balik, raya cina balik.. happening le su.. kitorang jugak yg lepak umah je..


ni le sambal sotong kering wy. sabtu aritu, adik wy, zoul kata nak datang. so, kita pon rendam le sotong utk buat sambal. boleh buat nasi lemak. kalo nak jalan2 ke mana2, bleh tapau je, jimat belanja.. tak yah lagi makan kat kedai yg ntah berapa lak nanti kena bayo.. so, bila zoul kata tak jadi dtg, kita pon terus je la masak. kebetulan lak ibu mertua ku ngan kakak2 iparku nak datang, rezeki dorang le... ain.. sori arr... takde rezeki makyong. esok nanti bila akak balik jb, akak masak ye.. kita makan ngan tokmak, tokbak..

tapi kan.. dah nama nak makan ramai2.. syok sampai lupa nak amek gambar keseluruhan hidangan makan malam tadi.. dah kenyang ni, baru nak teringat. takpela, next time nanti bleh amek gambo lagi.. menu airnya ialah air laici. kakjami, kakza ngan abang yang buat air laici tu.. perhh..


Pokok-pokok penyeri kediaman

Pagi tadi buat blood test kan.. alhamdulillah, Hanan mungkin bukan demam denggi.. hanan kena viral fever. cuma kena bnyk makan dan minum air, then cepat sikit recover. Nak suruh baca buku, dia kata pening. Ibu plan nak duduk study dengan dia le cuti raya cina ni, tapi dia lak bnyk citer.. demam le, pening le.. so, ibu pon lepak luar le.. tengok pokok..

Hmm.. lepas amek gambo orkid, syok lak nak amek gambar pokok2 yg lain..
pokok keladi ni, kak jami yg bawak balik. dia kata kwn dia bagi. kakjami mmg rajin kumpul benih pokok. macam2 pokok dia exchange dgn kwn dia.. cantik kan keladi ni.. kaksal yg semaikan utk wy. umah kaksal pon penuh ngan pokok..


Ha.. kat sini ade le wy masukkan gambo pokok kacang panjang, benih jepun yang pak ngah bagi. pokok ni tak menjalar. dia meninggi je, syok le.. petik kacang sendiri.. boleh pilih nak besar mana, boleh petik ikut suka2 je..

pokok ni abg mat bagi. dia kata kat opis nak tukar pokok, then orang yg kerja tu bagi kat dia. wy dah bnyk kali semai dah pokok ni. siap bagi kat orang lagi. aritu mak yus datang umah, dia mintak jugak. wana pon mintak jugak, tapi tak sempat nak semai.. sori le wana.. nanti yekk..

ini ntah apa nama orkid ni. antara orkid yg hsbn wy lupa nak amek gambar dia aritu. kat belakang tu ada sarang burung. masa rumah tengah renovate, ah leong pungut beberapa sarang burung. dia siap kutipkan nak suruh gantung kat umah kitorang. hsbn wy tak suka sgt amek sarang burung ni. kesian dia kata.. bayangkan kita penat2 buat umah, tiba2 orang amek umah kita.. kita marah tak.. tapi bila orang dah letak, kita biar je la. yg lain mana tah.. tak ingat.. cuma yg ni je yg kekal kat umah wy.

satu lagi orkid yg hsbn wy lupa nak snap.. pon wy beli kat MAHA.
ha, yg ni pon hsbn wy lupa nak snap lagi.. hehe.. std lar dia tu..


yg merah ni pokok dari umah kak pah. kakpah pindah ke bukit mahkota. ada beberapa pokok dia bagi kat kakzi. wy singgah umah kakzi, cokang 2-3 anak pokok.. hehe.. yg pokok lain tu ada kat taman ni, nanti wy amek yg kat situ pulak ye..

Bunga orkid di rumah

Sori le, tak tahu apa nama orkid ni. beli kat MAHA, last year. Kena tanya Laili kot.. maybe Laili tahu namanya. Hsbn wy yang amek gambar ni masa dia duduk2 kat meja bunga tu..

Ni masa beli kat MAHA, namanya orkid Rosmah. Orkid ni rajin betul berbunga. Bunga ni tak habis lagi, putik baru dah menguntum dah..

terima kasih kat baja spray yg kami beli kat MAHA tu.. Sebelum guna baja spray tu, payahnya nak berbunga orkid kita.. sekarang ni.. tengok lah hasilnya.. seronok, kan..

Cerita Cuti Raya Cina

Harini hari raya cina. Kitorang tak ke mana-mana pon. Konon nak duduk study dengan Hanan. Nak suruh dia buat revision subjek darjah 4 & 5. Maklumlah, orang nak UPSR. Tapi dia lak tak sihat nak study. Ibu dia je yang excited nak belajar.. Demam Hanan dah masuk hari ke 5. Demam panas still berulang. Still on paracetamol on every 6 hours. Harini kitorang nak bawak gi An Nur kat Bangi utk check darah. Dia kata kaki dia terasa berat dan sengal. Ibu takut lak. Teringat cerita2 orang pasal chikungunya ni.. sengal2 kaki.. Na'uzubillah.

Masa mula2 naik sekolah haritu Farhan kena demam. sampai 5 hari panas. badan pon lesu je. amek darah.. takut denggi, tapi dr kata kalo denggi pon payah gak sbb katil wad annur semuanya dah penuh dah. kes yg paling ramai orang bersalin. pastu denggi, yg ketiga paling ramai - chikungunya. Ibu pakat2 dengan dr suruh farhan makan bnyk2 sbb kalo tak makan, badan kita tak kuat nak melawan penyakit. bila dah sakit, nanti dr pon tak boleh nak buat camne.. sbb katil kat hospital dah penuh. Balik umah je, farhan makan punya la bnyk sbb takut.. hehe.. so, 2 hari lepas tu ok dah.. alhamdulillah..Lepas Farhan, Safwah pulak selsema, batuk.. tapi tak demam kuat macam Farhan. Lepas Safwah still lagi tak recover flu, Huda pulak sambung demam. Dr bagi MC 2 hari. Abiskan antibiotik, then ok le..

Hari Khamis lepas, masa tengah keje kat opis, ayah dia lak call.. suruh amek hanan kat sekolah sebab dia dah menangis call suruh amek, kononnya demam. Hanan memang tak boleh demam sikit. Nangis nye lebih.. ngalahkan adiknya, Farhan. Ayah dah kena turn amek anak2 balik tengahari nanti, so, utk amek hanan kat sekolah.. ibu le kena amek.. so, berlari lah ibu ke sekolah. Sampai sekolah dia dah ready tunggu ibu kat bilik guru. terus je ibu amek hantar ke rumah. tu yg dpt mc khamis jumaat tu. ni dah hari ke 5 pon still lagi lemah. jap lagi nak gi buat blood test kat annur.

Pagi tadi tak tahu nak buat sarapan apa.. teringat ada pisang.. buat jemput2 pisang.. {kata orang johor). Safwah ngan Farhan nak telur setengah masak. Lepas sarapan tu, nak tengok pokok2, tak tahu nak buat apa lagi sbb pokok baru trim. yang ada pokok pelam ngan rambutan - nak tebang ayah dia kata tunggu dulu.. so, tak tahu nak buat apa dah, mood pon tak ade sebab dalam kepala mmg nak tunggu Hanan bangun utk gi buat blood test. Suspen jugak. Yela, masa kul 2 pagi tadi, saje tengok dia.. panasnya kuat..

Hmmmm... Ok le, cukup le dulu kat sini, nanti kita sambung cerita yek.. Hanan dah bangun dan dah siap makan jemput2 pisang.. dah mandi & dah siap nak gi hospital.. perhh.. hensem sehh.. ngan tshirt bum hitam dia tu, ngan jeans bum hitam dia... patutle smalam, masa ada tetamu datang umah, dia nampak hanan je dia tanya.. anak u yg sulung ke ni..? hensemnye.. ihikhik.. alhamdulillah.. Allah bagi rezeki.. kita terima je.. uish.. dah lewat ni, hanan dah siap panggil ayah dia yg sibuk tebas rumput kat kebun depan tu. kang lewat masyam lak.. maklum le.. ibu nak siap pon setengah jam jugak ni. nanti kita citer lagi yek.. bye..

Tuesday, January 20, 2009

Ahlanwassahlan

Selamat berkunjung ke bolg kami. First time tulis bolg, tak tau nak cite ape lg. Insyallah lepas ni banyak maklumat menarik akan di upload. Tungguuu.....